Malaysia menzahirkan rasa kesal dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dilihat masih membisu dalam menangani keganasan rejim Israel terhadap Palestin. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau amat kecewa atas ketidakmampuan masyarakat antarabangsa menangani isu tersebut.